Ditirai malam sepi ini
Kedengaran alunan melodi ungas malam
Mengimbau kembali kenangan silam
Tika pintu hati ku telah lama tertutup buat insan yang bernama lelaki
Dek kerna ungkapan cinta
Diriku menderita
Kini diriku takut mengaharungi segala dugaan dan cabaran bercinta
Takut sejarah lama kan berulang kembali
Sayang
Kehadiranmu membawa seribu sinar harapan
Pelbagai cabaran dan dugaan kau harungi
Kau tetap berusaha dengan penuh ketabahan
Untuk memiliki hati ku
Tanpa rasa jemu
Kau cuba memberi harapan dan keyakinan kepadaku
Bahawa semua lelaki tidak serupa
Akhirnya jau
Kau berjaya membuka pintu hatiku
Agar menerima kehadiran mu dalam hidup ku
Sayang
Disaat keemasan ini
Inginku luahkan padamu
Isi hatiku
Yang sekian lama ku pendam kan
Wajahmu sentiasa bermain dimata ku
Kahalusan dan ketulusan hatimu
Telah memikat hatiku
Ketahuilah sayang
Kau begitu istimewa dan penuh bermakna
Dalam cita, impian dan kehidupan ku
Ku ingin kau tahu dimana tempat mu kini
Didalam hatiku ....
Yang sentiasa menyayangi dan merindui mu
Semoga Allah merestui hubungan kita
Dengan kasih sayang yang baru berbunga
Jika kau mengerti dan sudi
Sambutlah tanganku..
Bukakanlah pintu hatimu
Menerima diriku seadanya
Sayangku....
Ketahuilah dikau
Kini ku sedia menerima kehadiran mu dalam hidupku
Sebagai kekasih hatiku
Pasangan hidupku
Ketahuilah dikau
Diriku amat menyayangi dirimu seikhlas hatiku
Aku terlalu menyintai dan menyayangi dirimu
Wahai sayangku.....